Hampir RM6 Juta Telah Dibayar Mereka Yang Langgar PKP Selama 3 Bulan
Sumber: PDRM |
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Siapa sangka hasil kutipan denda ingkar PKP sejak Mac hingga Jun 2020 sudah mencapai hampir RM6 juta gais.
Perkara ini dikongsikan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mendapat laporan dari Kementerian Kesihatan menunjukkan saman berjumlah RM5,928,000 telahpun dijelaskan oleh pesalah selama 3 bulan itu.
Pihak PDRM hanya mengeluarkan kompaun kepada individu dan juga syarikat atau premis sebanyak 11,379 kompaun. Seramai 21,420 individu yang ditangkap telah didakwa di mahkamah bagi tempoh 18 Mac sehingga 30 Jun. - Kata KDN.
Kutipan ini belum termasuk bulan Julai lagi di mana penguatkuasaan masih dilakukan kerana kita masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berakhir pada 31 Ogos ini.
OHMEDIA: DUIT KORANG ADA DALAM NI TAK? NAMPAKNYA RAKYAT MALAYSIA MEMANG BERMURAH HATI KERANA RELA MEMBAYAR SAMAN.
+ Baca respon pembaca yang ada sumbangkan saman dalam RM6 juta ini di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?