Selera Sahur Terbantut Beli Lemang Isi Katak Di Bazaar Jalan Kuching - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Selera Sahur Terbantut Beli Lemang Isi Katak Di Bazaar Jalan Kuching



Seorang natizen berkongsi di Facebook tentang bagaimana selera mereka suami isteri untuk bersahur terbantut gara-gara terdapat bangkai seekor katak yang ada di dalam lemang yang dibelinya di bazaar Ramadhan.



Lemang ini menurutnya dibeli di Bazaar Ramadhan Jalan Kuching.







Kes ni berlaku mungkin kerana lokasi buluh tu disimpan tidak dijaga rapi yang membolehkan si katak menumpang tidur di dalamnya. Ohmedia dah lama trauma dengan kes-kes begini sebab bukan pertama kali berlaku. Jadi kami kalau nak makan lemang, memang yang bakar sendiri ramai-ramai dengan keluarga. Barulah boleh makan tanpa was-was.

Mangsa juga sempat memberikan respon kepada post ini melalui Facebook Oh! Media. Menurutnya  lagi dia dan suami hanya beli 3 potong Lemang sahaja. Potongan pertama ok dan potongan ke-2 ada katak ini yang pada awalnya diingatkan daun pisang.


Jadi buat kalian kalau selera rasa nak makan Lemang, hati-hatilah dan pastikan tahu asal-usul pembuatan Lemang tu bagaimana. Eueewwww!!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.