Kilang Tempe Diarah Tutup DBKL Kerana Makanan Atas Lantai & Pekerja Tak Lakukan Suntikan Tifoid - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Kilang Tempe Diarah Tutup DBKL Kerana Makanan Atas Lantai & Pekerja Tak Lakukan Suntikan Tifoid


Lagi kes kilang pemprosesan makanan yang menjijikkan dan kotor dan kali ini ia berlaku di kilang permprosesan Tempe di Batu Caves, Kuala Lumpur.

Perkara ini dikongsikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Facebook rasmi mereka beserta gambar keadaan kilang yang tidak mengikut standard pemprosesan makanan yang ditetapkan.

Serbuan dilakukan selepas pihak DBKL menerima aduan awam dan pemeriksaan telah dilakukan oleh 5 penguatkuasa pagi tadi.

Tahap kebersihan premis tidak memuaskan. Bahan mentah dan penyediaan makanan di atas lantai. Lantai basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding tempat penyediaan makanan kotor berdaki hitam. Peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan dalam keadaan kotor dan usang. Kain alas makanan tidak diganti dan menggunakan tong cat terpakai dalam kerja-kerja pemprosesan makanan. - Kata kenyataan DBKL.

Selain itu, 4 orang pekerja asing di kilang Tempe tersebut turut didapati tidak melakukan suntikan tifoid dan tidak memakai penutup kepada, apron serta kasut.

Tindakan lanjut kilang Tempe telah diarah untuk hentikan operasi dan ditutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.


Kredit: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

+ Baca respon pembaca yang jijik melihat kilang ini di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.