Pelajar Universiti Malaya ini Jana Pendapatan Hingga RM1.2 Juta Dengan Modal RM124 - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Pelajar Universiti Malaya ini Jana Pendapatan Hingga RM1.2 Juta Dengan Modal RM124


Jika dilihat hari ini, biarpun keadaan ekonomi semakin tidak menentu namun ruang untuk menjalankan perniagaan tetap terbuka luas. Buktinya ramai golongan muda mula mengorak langkah malah hingga mampu bergelar jutawan pada usia yang muda.

Namun, apa yang paling menarik perhatian Oh! Media untuk kongsikan adalah kejayaan wanita muda bernama Noorain yang sangat luar biasa ini. Beliau mampu mendapat pulangan keuntungan sehingga jutaan ringgit dengan hanya bermodalkan wang kurang daripada RM200. Sangat luar biasa.

BAGAIMANA SEGALANYA BERMULA?

Saya memulakan bisnes dari kosong. Saya bukan sesiapa dalam dunia online; bukan ahli perniagaan terkenal mahupun datang dari keluarga peniaga. Bisnes Norah dimulakan dengan modal dalam tangan hanya RM124 sahaja. Itupun saya pinjam dari teman rapat saya. Berbekalkan modal RM124 yang saya ada tu, saya mengeluarkan produk hair removal saya sendiri.

LALUAN GETIR BUKAN PENGHALANG

Kisahnya bermula semasa saya di tahun pertama Universiti Malaya pada tahun 2012. Dugaan demi dugaan yang saya lalui betul-betul mencabar diri ini. Saya berkonflik dengan diri sendiri dan menyebabkan saya gagal fokus dalam study. Pointer jatuh teruk. Saya tak dapat sokongan malah terus ditekan oleh orang sekeliling. Dalam masa yang sama, saya diberi lagi ujian dari Allah S.W.T iaitu PTPTN saya ditarik. Hal ini telah menyebabkan saya hilang sumber kewangan kerana saya bukanlah berasal dari keluarga yang senang dan begitu mengharapkan bantuan kewangan PTPTN untuk menyara pembelajaran saya di university. Dengan kos sara hidup yang tinggi serta harapkan duit poket memang tak cukup. Saya jadi bingung dan terasa dunia saya gelap seketika.

Saya bawa diri ke Kolej baru. Kolej yang tak siapapun kenal saya. Di sana saya cuba bina life baru dengan rakan dan persekitaran baru. Harapan saya cuma satu, saya nak pulihkan semangat saya kembali. Saya hindari dari bergaul atau berhubung dengan orang yang menyakiti semangat saya.

Keadaan kolej baru yang tiada siapapun kenal saya menyebabkan saya rasa tenang dan happy. Saya mula bergaul dengan pelajar dari luar Negara. Saya rasa keyakinan diri mula meningkat semula. Dekat kolej baru, saya rapat dengan Julia dan Crystal. Julia dari China dan Crystal dari Korea. Setiap malam diorang datang lepak bilik dan lama kelamaan bilik saya tu dah jadi macam bilik diorang sendiri. Hari-hari ada sahaja topik perbualan yang kami bualkan, dan perbualan kami lebih kepada berkongsi idea dan pendapat. Yang lucunya, Bahasa inggeris kami memang grammar out gila tapi kami happy jea komunikasi dengan grammar yang terabur tapi masing-masing faham. Kami dah macam adik-beradik.

LIHAT MASALAH SEBAGAI PELUANG

Suatu hari, dalam tahun 2013 tiba-tiba Crystal datang mengadu pada saya. Mengadu kenapa di Malaysia susah dapatkan personal care yang berasaskan organik dan natural, tak macam di Korea. Tergamam saya. Saya masih ingat lagi merah padam muka Crystal menahan marah sebab seharian cari personal care berasaskan organic tak jumpa. Dari perbualan saya dan Crystal hari tu, saya merenung sejenak. Saya terus dapat idea untuk jadikan masalah ini kepada peluang. Yes, ini peluang saya!

Akhirnya setelah puas berekspirement, saya berjaya mengeluarkan produk hair removal berasaskan organic saya sendiri secara kecil-kecilan pada usia 21 tahun! Crystal adalah pengguna setia produk saya yang saya beri secara percuma. Pujian demi pujian yang saya terima dari rakan rapat tentang keberkesanan produk saya ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk pasarkan produk saya ini lebih meluas. Kata-kata sinis, kawan-kawan bercakap di belakang ni saya abaikan. Biasalah bukan semua orang nampak apa yang kita nampak, yang pastinya kita kena yakin apa yang kita nampak depan mata. Orang tak suka boleh jadi sebab dia tak faham. Saya bulatkan tekad untuk jual Norah dari bilik ke bilik. Saya ketepikan rasa malu, kerana saya percaya, malu tak kan bawa kita kemana. Selain itu, saya cuba dapatkan nasihat daripada rakan rapat saya tentang selok belok perniagaan. Atas bantuan teman rapat saya, saya belajar sedikit demi sedikit bagaimana untuk pasarkan produk saya dengan kos yang paling rendah iaitu melalui IG dan FB. Saya buat account Instagram dan page FB.

MULA BINA MEDIA SOSIAL FACEBOOK & INSTAGRAM

 

Saya tiada belasan mahupun ratusan ribu followers di laman sosial. IG pun tidak canggih macam sekarang dan sekadar cukup untuk paparkan produk dan terima tempahan sahaja. Tetapi saya nekad juga buat satu IG khas untuk jual produk saya. Rezeki Allah datang sekelip mata tanpa diduga, tak sampai sejam buka account IG, saya dapat seorang customer yang berminat nak beli wax saya.

Gembira bukan kepalang, sampai sekarang saya masih ingat lagi nama IG kakak tu “mommyrai”.
Customer kedua saya pula seorang pengantin baru. Kali ni nak beli Cash on delivery (COD). Saya ingat lagi saya pergi COD naik teksi ke Kuarters polis di Petaling Jaya. Penat toksah cakap lah, tapi saya gagahkan juga diri pergi sebab tak nak lepaskan customer saya walaupun seorang, kerana saya percaya itu semua peluang saya. Alhamdulillah sejak tu, customer saya makin bertambah dan saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Saya nekad untuk teruskan perniagaan saya ini sebab saya percaya, produk saya ini menjadi permintaan orang ramai.

BERMULA EPISOD BERGELAR PENIAGA ONLINE


Dengan duit yang terkumpul, saya pindah ke rumah sewa. Senang untuk proses dan jalankan perniagaan di rumah. Bermula disini, Norah kian berembang. Dahulu tidak tahu ada mesin mencetak consignment, jadi memang gigih bersengkang mata tulis satu-satu order customer. Masa dulu sticker pun potong sendiri. Tak ada duit dan tak tahu kilang mana ada buat printing sticker. Tampal sticker, gunting kain, semua saya buat sendiri. Malam pula, saya siapkan order customer. Dari production, hinggalah ke packaging semua saya lakukan sendiri.


Alhamdulillah dari hebahan mulut ke mulut tentang keberkesanan produk saya, semakin hari semakin ramai customer yang membeli dan Norah kian berkembang. Sejak itu saya mula kumpul modal sedikit demi sedikit. Atas permintaan ramai terhadap Norah, saya mula mencari agent untuk pasarkan produk saya.

KINI SAYA MILIKI WISMA PERNIAGAAN DAN KILANG WAX SENDIRI

Alhamdulillah akhirnya segala penat lelah dan turun naik saya selama 3 tahun terbayar. Kini pada usia 24 tahun, saya berjaya miliki kilang dan wisma saya sendiri. Saya juga kini memiliki lebih daripada 800 orang agent sah di seluruh Malaysia, Singapura, dan Brunei yang mana lebih 70% agen saya adalah terdiri dari pelajar dan pengguna awal produk saya. Nak berjaya, satu saja saya nak pesan untuk anda di luar sana. Paling penting, kita mesti tahu apa yang kita mahu, kenapa kita mahukan perkara tu dan bagaimana cara kita nak dapatkannya. Salah tak mengapa, salah tanda orang mencuba, kena rajin takda pilihan lain, jangan berputus asa kerana hanya kita dapat mengubah nasib sendiri. Jika anda berusaha, pasti akan dapat hasilnya. Itu janji Allah.

Peniaga memang sinonim dengan nama gelaran. Saya masih ingat panggilan dengan wajah sinis di awal dulu yang menggelar saya “taukey produk”. Ye saya taukey produk dan saya dah jual lebih 100 ribu botol produk tu. Alhamdulillah.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Dikuasakan oleh Blogger.