5 Tips Menguruskan Kewangan Dengan Baik - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

5 Tips Menguruskan Kewangan Dengan Baik


Ramai antara kita yang kehidupannya nampak senang dan mampu untuk pakai kereta mewah namun dihimpit dengan masalah hutang. Ada juga yang kehidupannya sederhana dan pakai kereta biasa tetapi boleh hidup dengan gembira tanpa masalah hutang. Oleh yang demikian, Ohmedia nak kongsi dekat korang 5 tips untuk menguruskan kewangan.

Tidak Berhutang 


Anak muda zaman sekarang mudah terpengaruh dengan mengikut trend dan tidak sedar akan kemampuan diri. Sanggup mempunyai banyak hutang asalkan nampak mewah di mata orang. Jika korang bijak menguruskan kewangan, hutang adalah perkara pertama yang perlu dielakkan. 


Rendah Diri 


Jika korang sudah memiliki pendapatan yang lumayan elakkan supaya mengikut budaya orang lain yang suka menunjukkan kemewahan. Korang hanya perlu tampil dengan lebih besederhana dan terus menyimpan untuk masa depan serta laburkan ke arah yang lebih baik. 


Mengejar Kebahagiaan


Sentiasa rasa cukup dengan rezeki yang diberikan. Dengan itu, korang pasti akan rasa bahagaia apabila sudah mepunyai keluarga nanti. tidak guna jika asyik menggunakan duit korang untuk mengejar kemewahan dan akhirnya korang tidak rasa bahagia. 

Tidak Memperlekehkan Orang


Boleh dikatakan segelintir orang yang sudah berjaya akan bersikap sombong serta memperlekehkan orang lain yang hanya kerja makan gaji atau mempunyai pendapatan rendah, Jadi, elakkan untuk berkelakuan begitu kerana ia tidak nampak seperti orang yang matang serta bijak menguruskan kewangan.

Hanya Fokus Pada Keperluan


Jika korang ingin menjadi seorang yang bijak menguruskan kewangan, pastikan korang utamakan keperluan berbanding kemahuan. Sekiranya korang lebih mengejar kemahuan nescaya ia akan mengganggu sumber kewangan korang. 

OHMEDIA: SEMOGA TIPS INI DAPAT BANTU KORANG UNTUK MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN BAIK


Kredit: Maskulin

+ Baca respon pembaca 5 tips menguruskan kewangan dengan baik di Facebook Oh! Media



Dikuasakan oleh Blogger.