Lihat Aksi Melampau Awek Ini, Pihak JKDM Lakukan Siasatan
Adoi, kenapa perkara seperti ini banyak berlaku kepada kaum wanita? Dimanakah letaknya kehormatan diri korang? Ohmedia maksudkan dengan tersebarnya klip video yang menunjukkan aksi seorang wanita dengan pakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan. Wanita terbabit dilihat melakukan aksi lucah dan tular sebanyak sembilan buah video di media sosial semalam.
Pada mulanya, hanya gambar screenshot yang tersebar dan kemudian keluar pula versi penuh video wanita terbabit yang dipercayai disebarkan melalui Whatsapp. Wanita terbabit pada awalnya hanya menari dan secara tidak langsung membuka baju seragamnya. Tidak cukup dengan itu, wanita itu turut membuka pakaian lain sebelum menyelak pakaian dalamnya.
Ohmedia percaya, perbuatan wanita terbabit mungkin bertujuan untuk diberikan kepada seseorang. Jadi, inilah yang Ohmedia hairan yang kenapa masih ada wanita yang mudah terpedaya sehingga sanggup menjual diri.
Dalam perkembangan lain, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan hari ini di Kuala Lumpur berkata, pihaknya sedang menyiasat mengenai video terbabit yang dipercayai dirakam pada tahun lalu.
JKDM memang ada menerima maklumat mengenai video itu yang dikatakan membabitkan kakitangan agensi ini. Buat masa ini, kita masih menyiasat mengenainya dan berdasarkan maklumat awal video itu dirakam pada tahun lalu tetapi disebar di media sosial sejak beberapa hari lalu, katanya.Sumber: Harian Metro
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Apa Komen Korang?