Baru 4 Bulan Dalam Penjara, Derek Chauvin Dibebaskan Dengan Ikat Jamin RM4.15 Juta
Bagaimanapun, Derek yang sebelum ini ditahan dimaklumkan telah dibebaskan dari sebuah penjara semalam dengan jaminan sebanyak AS$1 juta atau RM4.15 juta.
Rakaman video yang tersebar sebelum ini dengan jelas menunjukkan Derek meletakkan lututnya di leher mangsa sehingga tidak bermaya dan menyukarkan mangsa untuk bernafas. Selepas beberapa minit, mangsa sudah dilihat tidak bernyawa lagi.
Derek Chauvin dibebaskan AS$1 juta hari ini (semalam), membeli kebebasan selepas 'menjerut' kehidupan George Floyd berhubung AS$20 (RM83.05). - Tulis kenyataan terbabit.
Derek kemudian ditangkap pada Mei lalu dan didakwa melakukan pembunuhan peringkat kedua dan ketiga yang kemudiannya dipenjara selama 4 bulan sehingga hari ini.
Notis juga telah dikeluarkan pejabat Daeran Hennepin yang mengesahkan pembebasan Derek. Tapi, Derek dikatakan perlu berada di Minneapolis sepanjang perbicaraannya berlangsung.
Apa agaknya yang akan berlaku selepas ini? Bukti sudah jelas dan kalau Derek masih boleh lepas, undang-undang memang sangat lemah walaupun di Amerika Syarikat yang megah mengatakan mereka antara terbaik di dunia.
Kredit: Sinar Harian
Apa Komen Korang?