Anwar Tak Duduk Diam! Dakwa Menghadap Agong Persembahkan Penyokong Sebagai PM Minggu Depan
Anwar juga memaklumkan tarikh 13 Oktober untuk beliau persembahkan senarai ahli parlimen yang akan menyokongnya sebagai Perdana Menteri.
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya,Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini. Oleh itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Tuanku memperkenankan untuk saya mengadap pada hari Selasa, 13 Oktober ini, Insya-Allah.Pada majlis mengadap itu, saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan seperti mana yang saya sebut sebelum ini. - Katanya.
Bagaimanapun, Anwar turut meminta penyokongnya untuk bertenang dan tidak berkumpul. Jika ingin menyokong, berdoalah dari rumah atau tempat kerja masing-masing katanya.
Apa agaknya yang akan berlaku lepas ni? Mengapa mereka masih nak berebut kuasa pada waktu rakyat sedang berlawang dengan wabak Covid-19? Adakah ini masa yang sesuai?
Kredit: Berita Harian
Apa Komen Korang?