730 Akaun Bank Berjumlah RM80 Juta Dibekukan & 19 Individu Disyaki Terlibat Sindiket Cuci Duit Ditahan
Baca: DOL Terlihat Dalam Gambar Rampasan SPRM & Cuci Duit Haram RM100K Juga Dijumpai Dalam Rumah Pegawai Polis
Kes ini turut melibatkan beberapa orang artis Malaysia yang diberikan modal kewangan untuk memulakan perniagaan mereka.
Setakat in SPRM sudah membekukan 730 akaun bank membabitkan RM80 juta. Sementara, 19 individu yang disyaki terbabit dalam sindiket ini sudah ditahan. - Kata Ketua Persuruhjaya, Datuk Seri Azam Baki.
Sebelum ini pelawak dan penyampai radio terkenal Shuib Sepahtu turut telah dipanggil SPRM untuk memberikan maklumat bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, SPRM mengesahkan yang mereka telah menerima beberapa senarai nama selebriti yang turut akan dipanggil bagi memberi keterangan dan bantu siasatan kes.
Nampaknya mereka cuba menggunakan populariti artis bagi mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan mereka memperoleh lebih banyak keuntungan melalui kerjasama perniagaan.
Setakat ini lima individu termasuk seorang Datuk dan Datuk Seri telah ditahan, Ini termasuklah terbaru seorang pegawai polis di mana SPRM berjaya menemui wang tunai RM100,000.
Kredit: Harian Metro
Apa Komen Korang?