Jurujual Berputih Mata, Sedar Ditipu Setelah Lima Bulan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Jurujual Berputih Mata, Sedar Ditipu Setelah Lima Bulan


Seorang jurujual terpaksa berputih mata akibat ditipu dalam urusan pembelian kereta. Jurujual berkenaan telah rugi sebanyak RM5,000 untuk membeli sebuah kereta Proton Gen 2 terpakai.

Pada mulanya jurujual berusia 21 tahun berkenaan ternampak iklan kereta terpakai di sebuah laman sesawang pada awal bulan Mac lalu. Suspek telah meminta jurujual berkenaan membayar deposit sebanyak RM1,300 sebelum membayar lagi RM3,700 sebelum geran dan kereta berkenaan diserahkan.

Sumber gambar dari CNN
Kereta yang sepatutnya diterima tidak diterima mangsa kerana suspek memberi alasan bahawa kereta berkenaan sedang dibaiki di bengkel. Bagaimanapun suspek telah menawarkan untuk mengembalikan wang yang telah diterima namun wang berkenaan tidak dikembalikan semula.

Menyedari ditipu, mangsa telah membuat laporan polis berkaitan hal ini. Kes ini disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

OHMEDIA: ORANG JENIS NI PATUT DIHUKUM DENGAN SEBERAT-BERATNYA. KESIAN MEREKA YANG DITIPU, PENAT-PENAT CARI DUIT, NAK BELI KERETA TAPI TERPAKSA BERPUTIH MATA.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca jurujual berputih mata setelah ditipu 5 bulan di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.