Kaji Selidik A.S. Watsons Dapati Pelanggan Lebih Suka Berbelanja Di Kedai Berbanding Online - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Kaji Selidik A.S. Watsons Dapati Pelanggan Lebih Suka Berbelanja Di Kedai Berbanding Online


Baru-baru ini, A.S. Watsons Group yang merupakan penjual produk kesihatan dan kecantikan antarabangsa terbesar di dunia telah melakukan kaji selidik Global Covid-19 di mana lebih 22,000 pelanggan di seluruh Asia dan Eropah telah memberi respon tentang minat mereka untuk berbelanja semasa pandemik Covid-19.

Seperti yang kita tahu, cara berbelanja kita sudah berubah di mana sekarang kita lebih gemar melakukan pembelian secara online kerana ini dapat mengelakkan kita dari terdedah dengan keadaan di luar.

Bagaimanapun, kaji selidik yang dilakukan oleh WISE pada bulan April lalu mendapati 100% pelanggan ingin kembali berbelanja secara fizikal di kedai.

Walaupun pandemik telah menaikkan pertumbuhan eCommerce dan perkembangan teknologi, ia tetap tidak dapat menafikan kemahuan pelanggan untuk terus berhubung dengan orang lain secara depan-depan kerana hubungan ini lebih penting.

A.S. Watsons telah berusaha untuk membina jenama peruncitan ini yang telah mempunyai hubungan erat bersama pelanggan. Juga tidak terlupa menawarkan pengalaman dalam pembelian online mahupun offline. Teknologi ini memang berguna untuk kehidupan manusia, tetapi ia tetap tidak dapat menggantikan perkhidmatan yang terbaik, hubungan yang kuat dan hubungan peribadi dengan pelanggan kami.
- Kata Malina Ngai, Group COO of A.S. Watsons (Asia & Europe).

Adakah korang tahu permintaan untuk human connections lebih tinggi sekarang?

Ya memang benar kebanyakan pelanggan tidak ada pilihan lain selain terpaksa menggunakan pembelian secara online di mana peningkatan sebanyak 90% dapat dilihat pada kuater kedua tahun 2020. Pelanggan juga dilihat sudah biasa menggunakan perkhidmatan secara online. Tapi pelanggan juga dilihat berminat untuk kembali berbelanja secara langsung di kedai.

Bagaimanapun A.S. Watsons turut tetap membaiki perkhidmatan online mereka apabila kini telah melakukan penjualan secara live streaming dan ia mendapat sambutan yang baik.


Dalam kaji selidik lain, lebih 70% pelanggan melihat pendapatan mereka akan terjejas berikutan wabak dan gaya hidup mereka juga akan berubah. 92% pelanggan pula mengatakan mereka akan terlibat dengan aktiviti luar, diikuti dengan memasak di rumah 91% dan melakukan rawatan kecantikan DIY 84%.

Jadi bagaimana pula dengan kita di Malaysia? Adakah lebih suka berbelanja secara online atau akan tetap berbelanja di kedai dengan mendapatkan terus segala keperluan yang kita perlukan?

Kredit: A.S. Watsons
Dikuasakan oleh Blogger.