Samsung Lancar Tablet Terbaru Menggunakan Cipset Snapdragon 662 - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Samsung Lancar Tablet Terbaru Menggunakan Cipset Snapdragon 662


Samsung telah melancarkan satu tablet dibawah siri A baru-baru ini iaitu Galaxy Tab A7 (2020) gais. Mungkin ramai antara korang yang tertarik bila tengok spec yang ditawarkan pada tablet terbaru Samsung ini.

Samsung Gakaxy Tab A7 (2020) ni didatangkan dengan skrin sebesar 10.7 inci IPS LCD dengan 1200x2000 pixel. Ia dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 662 bersama dua pilihan memori iaitu 3GB RAM bersama 32GB storage dan 3GM RAM bersama 64GB storage dan kedua-duanya ni boleh dibesarkan lagi storage menggunakan microSD.

Untuk bateri, Samsung Galaxy Tab A7 (2020) ni hadir dengan kapasiti 7,040mAh menggunakan USB Type-C. Oh ya, ia juga masih menyokong 3.5mm audiojack tau gais.

Untuk kamera utama pula ia hadir dengan 8 megapixel sensor utama dan kamera depan pula didatangkan dengan 5 megapixel. Walaubagaimanapun, tablet ini masih belum diketahui lagi akan masuk ke pasaran Malaysia atau tidak.

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca tablet terbaru dari Samsung di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.