Melakukan Dosa Selepas Bertaubat
SOALAN
Setiap orang tidak lari dari melakukan dosa. Sekiranya seseorang itu telah bertaubat dan mengulangi kembali dosanya, adakah taubat itu diterima?
JAWAPAN
Siapa yang telah melakukan satu dosa kemudian dia telah bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya itu jika taubatnya itu nasuha artinya yang ikhlas kerana Allah yang terbit dari hatinya dan ada serta taubatnya itu rasa penyesalan atas apa yang telah lalu dan berazam ia sungguh-sungguh tidak akan kembali kepada maksiat.
Firman Allah Taala :
ŁَŲ§ Ų£َŁُّŁَŲ§ Ų§ŁَّŲ°ِŁŁَ Ų¢Ł َŁُŁŲ§ ŲŖُŁŲØُŁŲ§ Ų„ِŁَŁ Ų§ŁŁَّŁِ ŲŖَŁْŲØَŲ©ً ŁَّŲµُŁŲًŲ§ Ų¹َŲ³َŁٰ Ų±َŲØُّŁُŁ ْ Ų£َŁ ŁُŁَŁِّŲ±َ Ų¹َŁŁُŁ ْ Ų³َŁِّŲ¦َŲ§ŲŖِŁُŁ ْ ŁَŁُŲÆْŲ®ِŁَŁُŁ ْ Ų¬َŁَّŲ§ŲŖٍ ŲŖَŲ¬ْŲ±ِŁ Ł ِŁ ŲŖَŲْŲŖِŁَŲ§ Ų§ŁْŲ£َŁْŁَŲ§Ų±ُ
Artinya : “Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu semua kepada Allah dengan taubat nasuha semoga Tuhan kamu menghapuskan daripada kamu sekelian segala kesalahan kamu dan memasukkan kamu sekelian kedalam taman-taman syurga yang berlari di bawahnya mata air.” (At-Tahrim : 8)
Dan firman Allah :
ŁَŲ„ِŁِّŁ ŁَŲŗَŁَّŲ§Ų±ٌ ŁِّŁ
َŁ ŲŖَŲ§ŲØَ ŁَŲ”َŲ§Ł
َŁَ ŁَŲ¹َŁ
ِŁَ ŲµَٰŁِŲًŲ§ Ų«ُŁ
َّ Ł±ŁْŲŖَŲÆَŁٰ
Artinya : “Dan sungguhnya Aku maha pengampun bagi orang yang bertaubat dan beriman dan melakukan amal yang soleh kemdian mengikut pertunjuk.” (Taha : 82)
Ada pun taubat hanya dengan lisan sedangkan hati masih ingin kembali kepada maksiat maka taubat ini ditolak bahkan ia dikira sebagai satu maksiat pula.
Maka jika telah benarlah taubat yang nasuha kemudian syaitan memperdayakannya sehingga dia terjatuh melakukan maksiat lagi dalam keadaan tidak ada dia berniat untuk melakukan maksiat dan tidak berazam melakukannya kemudian dia bertaubat maka Allah akan menerima taubatnya.
Wallahua’lam
Kredit : Ustaz Azhar Idrus
+ Baca respon pembaca melakukan dosa selepas bertaubat di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?