Dengan Siapa Lagi Saya Nak Mengadu Kalau Bukan Polis Kata Pemilik Hot Burger
Semalam tersebar satu video menunjukkan seorang pengguna yang Facebook yang merupakan pemilik kepada Hot Burger membuat pendedahan berani dengan menunjukkan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup yang berlaku di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.
Video berkenaan menarik perhatian ramai pengguna sosial media dan ia turut mendapat maklumbalas dari pihak polis hari ini.
Bagaimanapun ini respon terbaru dari Asri yang mengakui telah dihubungi pihak berkuasa.
Ia bukan tohmahan, ini cerita betul. Sepatutnya polis menghubungi saya ucap terima kasih, hantar bunga kepada saya, sepatutnya begitu, sebab saya sudah bagi maklumat. Bukan saya tidak pernah maklum kepada polis, saya pernah memaklumkan perkara itu di Jabatan Integriti Pematuhan Standard Bukit Aman, tapi tiada sebarang tindakan susulan. Malah apabila saya melaporkan maklumat mengenai kegiatan perjudian di kawasan itu, saya dapati identiti saya bocor kepada sindiket perjudian. - Katanya.
Asri juga berasa terkilan apabila seorang pekerjanya juga pernah disoal oleh individu yang dipercayai dari sindiket perjudian dan turut terkejut apabila sebuah premis judi telah dibuka di sebelah kedainya.
Justeru, dengan siapa lagi saya nak mengadu, dengan siapa lagi saya nak berharap kalau bukan polis. Bayangkan, masa baru habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penguatkuasa MBSA datang kedai saya keluarkan saman dan sita barang saya. Tapi itu saya tak kisah kerana adat dan lumrah mana-mana peniaga. Tetapi mereka sanggup biarkan peniaga warga asing yang menjual rokok seludup dan tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan premis perjudian. Adakah itu adil. - Tegas Asri lagi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador juga hari ini telah memberikan respon balas yang cepat dengan mengatakan pihak polis akan memandang serius mengenai perkara ini dan tidak akan ada seorangpun yang akan terlepas dan dibenarkan menjadi talibarut sindiket.
Semoga apa yang terjadi ini membuka mata lebih ramai orang dan pihak berkuasa untuk tidak tunduk kepada mana-mana pihak yang ingin membuat perkara jahat di negara kita.
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca yang ikuti isu ini di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?