Ramai Ingat Alif Satar Main TikTok. Tapi Rupanya Sampaikan Mesej Guna Bahasa Isyarat - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Ramai Ingat Alif Satar Main TikTok. Tapi Rupanya Sampaikan Mesej Guna Bahasa Isyarat


Seperti kebanyakan orang berkongsi video peringatan untuk orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakam, penyanyi popular Alif Satar baru-baru ini turut telah berkongsi satu video untuk mengajak rakyat Malaysia patuhi PKP, tetapi dengan cara penyampaian yang agak berbeza.

Alif menggunakan bahasa isyarat tangan yang dipelajarinya daripada ibu dan bapanya yang pernah berkhidmat sebagai guru pendidikan khas dahulu.

Ayah saya mengajar Bahasa Melayu, mama mengajar Bhaasa Inggeris untuk pelajar masalah pendengaran. Sedikit sebanyak saya belajar daripada mereka. Daripada umur empat tahun saya sudah diajar tentang bahasa isyarat ini, adik beradik saya pun tahu. - Jelas Alif kepada mStar.

Alif mendapat idea untuk melakukan mesej berkenaan selepas melihat beberapa orang dari KKM menggunakan cara yang sama untuk menyampaikan maklumat kepada golongan tertentu.

Sejak dikongsikan pada 6 April semalam, video pesanan Alif Satar ini sudah mendapat lebih 200,000 tontonan dan rata-rata orang memberikan komen positif.


+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Alif Satar di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.