Izreen Azminda Akan Padam Komen Negatif Di Instagram!
Sesiapa sahaja yang meninggalkan komen negatif di media sosial, akan dipadam! Ya gais, itu lah yang dikatakan oleh pelakon jelita ini. Baru-baru ini, Izreen Azminda memuatnaik gambar bersama suaminya, Ude Wahid di Instagram, @izreen.azminda.
Nak pesan awal-awal, jangan ada yang dok merepek tau. Jangan cakap benda yang bukan-bukan, benda-benda negatif. Mengata orang tu, mengata orang ni, petik orang tu, petik orang ni. Perli orang tu, perli orang ni. Kalau rasa nak negatif, pergi kat Instagram orang yang memang suka baca benda-benda yang berunsur negatif ni...kat Instagram kami, kami terus padam ya. Tak syok dok tengok bertelagah sesama sendiri. Kami tak mahu benda-benda tak elok tu semua. Beria sangat pun bukannya duit bergolek mari kat ampa pun. Kalau boleh buat duit, kamu pun nak mengata orang kat Instagram. Bila kita cakap baik-baik, yang baik-baik juga datang kepada kita.
Ohmedia cuma nak pesan dekat korang semua, gunakanlah media sosial ini untuk menyampaikan sesuatu yang baik kepada orang lain di luar sana. Jangan jadikan sebagai tempat untuk menjadi batu api orang lain dan sebagainya.
OHMEDIA: SPREAD LOVE NOT HATE!
Sumber: Instagram
+ Baca respon pembaca minat Izreen Azminda di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?