Aliff Ini Pula Terkejut Permohonan BPN Tidak Lulus. Perniagaan Merudum 90 Peratus
Sebelum ini, Ohmedia ada kongsikan beberapa orang artis yang berkongsi keputusan BPN mereka yang tidak lulus dan menerimanya dengan hati terbauka serta ada juga yang terus bertindak memberikan duit mereka yang lebih itu kepada mereka yang memerlukan.
Tetapi lain pula ceritanya tentang seorang jutawan dan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang terkejut melihat semakan BPN yang tidak lulus.
Hari ini saya amat terkejut kerana permohonan saya tidak diluluskan. Saja nak semak! Saya faham dalam keadaan yang begitu getir ini, bukan sahaja orang-orang biasa tertekan tetapi saya sebagai usahawan industri kecil dan sederhana juga turut merasai, rasanya kalah zaman kegawatan ekonomi 1997 kan? - Katanya.
Tidak cukup dengan itu, Aliff turut menyatakan yang perniagaannya jatuh merudum sebanyak 90 peratus sepanjang tempoh PKP ini kerana banyak premisnya terpaksa ditutup.
Aliff juga mengharapkan rakyat Malaysia dapat membantu kerajaan bagi menjayakan proses PKP ini.
+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan Aliff di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?