UAE Gentar Dengan Cengkaman Harimau Malaya
Fuhh, sebentar sahaja lagi akan berlangsung pertembungan diantara Harimau Malaya menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Namun, Ohmedia tertarik dengan respon awal dari jurulatih skuad UAE apabila menyatakan mereka risau dengan cengkaman Harimau Malaya.
Bert Van Marwijk yang merupakan jurulatih UAE tidak meletakkan harapan yang tinggi dan mengambil langkah berhati-hati kerana ia bukanlah satu tugas yang mudah apabila berada di kawasan lawan.
Tapi korang ingat tak yang UAE dahulu pernah memberi mimpi ngeri kepada pasukan kebangsaan apabila membelasah 10-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2029, empat tahun lalu. Namun, Marwijk tetap berasa ia sukar untuk diulangi.
Apa saja yang berlaku sebelum ini (kemenangan 10-0) tidak akan terjadi lagi. Ketika berdepan Indonesia, mereka (Harimau Malaya) beraksi dengan penuh bertenaga dan menunjukkan tempo permainan yang tinggi. Mereka juga memiliki pemain yang pantas, jadi kami perlu memberikan tumpuan sepenuhnya. Semua pemain kena berdisiplin dan ia bukan mudah (untuk berdepan Malaysia)," katanya
Mereka mungkin mengatakan tidak dapat mengulangi 10-0, tetapi tidak mengatakan yang mereka bersedia untuk dikalahkan Harimau Malaya. jadi berapa kosong jangkaan korang untuk perlawanan malam ini dan mampukah Harimau Malaya terus mengaum dan menunjukkan aksi bertenaga sekaligus mencapai kemenangan di kandang sendiri? Sama-sama kita nantikan.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Apa Komen Korang?