Jack Ma Akhirnya Umumkan Keputusan Muktamat Setelah Setahun Berfikir
Jack Ma, satu nama yang Ohmedia yakin mesti ramai yang kenal dan kini Jack Ma telahpun mengumumkan secara rasmi peletakan jawatannya sebagai pengasas dan pengerusi firma perdagangan elektronik terbesar dunia iaitu Alibaba Group Holding Ltd.
Untuk pengetahuan korang, Jack Ma sebenarnya telahpun mengumumkan hasrat untuk meletakkan jawatan sejak tahun lepas lagi dan akhirnya membuat pengumuman rasmi hari ini.
Jadi, apa pula fokus Jack Ma selepas ini? Dalam laporan lain, Jack Ma sebelum ini ada mengatakan beliau mahu kembali ke bidang pendidikan. Sebelum ini, Jack Ma memang seorang guru Bahasa Inggeris pada tahun 1999.
Selepas ini, jika betul Jack Ma ingin menjadi seorang pendidi semula, mesti ramai yang berasa bangga dan teruja untuk mendapatkan segala ilmu. Ohmedia terfikir juga, berapa agaknya pendapatan Jack Ma ni.
Menurut majalan Forbes, Jack Ma merupakan antara rakyat China paling kaya dengan nilai kekayaannya mencecah sehingga AS$36.6 bilion (RM152 bilion). Usahawan tersohor itu merupakan graduan Kolej Guru Hangzhou dalam bidang pendidikan Bahasa Inggeris dan pernah menjadi pensyarah di sebuah universiti di bandar berkenaan.
+ Baca respon pembaca Oh! Media.
Apa Komen Korang?