80% Rakyat Malaysia Tak Tahu Kat Mana Nak Berbuka Puasa Sebelum Lihat Ini
Selalu menjadi masalah apabila ramai yang tak tahu mana nak berbuka puasa. Biasanya kita akan memilih satu lokasi yang ada semua di dalamnya. Dalam artikel ini kita akan mengupas tentang satu lokasi yang menjadi pilihan warga KL iaitu Sunway Pyramid.
Sempana musim perayaan Aidilfitri tahun ini, bermula awal Ramadhan lagi, Sunway Pyramid telah menyambut rakyat Malaysia untuk berkunjung dan melihat sendiri keindahan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Sunway Pyramid.
Rekaan penuh seni beserta flora dan fauna kini memenuhi segenap ruang yang tak pernah ada lagi di tempat lain. Memang cantik dan unik! Bermula dari 2 Jun hingga 2 Julai, mereka turut menjalankan papercutting workshop untuk kanak-kanak pada setap hari minggu (termasuklah pada hari raya nanti) dan memberikan lebih banyak tawaran yang boleh anda tebus pada setiap hari untuk ibu bapa.
Sepanjang bulan Ramadhan ini, jangan risau tentang lokasi berbuka puasa kerana di Sunway Pyramid, terdapat pelbagai pilihan berbuka puasa yang tersedia untuk anda pilih. Terdapat medan selera dan pelbagai jenis kedai makan popular yang boleh anda pilih mengikut selera.
Terlalu banyak tempat makan yang ada di sini untuk anda pilih. Antara yang menjadi kegemaran Ohmedia seperti Ole-Ole Bali, dan Ayam Penyet Ria yang menyukai masakan Indonesia. Mada Kwan’s untuk yang mencari hidangan tempatan popular, serta Tony Roma dan NY Steak Shack untuk yang menggemari makanan barat.
Bagi yang mencari menu makanan negara Timur Tengah pula, anda boleh makan di Tarbush dan Mandi Hadramot.
Tidak lupa juga pelbagai jenama tempat makan popular lain seperti The Manhattan FIsh Market, The Chicken Rice Shop, Station Kopitiam, Carl’s Jr., Nando’s, Secret Recipe, Kenny Rogers Roaters, dan restoran yang bertema seperti Hello Kitty Gourmet Cafe memang sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda.
Selepas berbuka dan menunaikan solat Maghrib di surau amat selesa yang disediakan Sunway Pyramid, bagi yang ingin membuat persediaan menjelang Aidilfitri ini pun Sunway Pyramid merupakan pilihan yang tepat di mana pelbagai jenis pakaian ada dijual di sana. Ini termasuklah Baju Kebaya, Baju Kurung, dan Baju Melayu yang berwarna- warni untuk anda pilih di Rimba.
Untuk yang memilih untuk lebih ‘style’ di pagi raya, pelbagai koleksi raya Hana Rajima seperti kebaya dan hijab yang kelihatan modene tapi masih mengekalan rekaan tradisi boleh anda dapati hanya di Uniqlo.
Pengembaraan membeli belah diteruskan lagi dengan usaha menjcari aksesori hari raya yang sempurna. Trollbeads, Lovisa, dan Shinju Pearls antara trend terkini untuk dipadankan dengan busana raya, manakala pelbagai pilihan jenama kasut raya ada untuk dipilih antaranyan Braun Buffel, Bonia, Aldo, dan Pedro.
Untuk kaum perempuan yang mementingkan kecantikan wajah, boleh masuk ke Nars untuk mendapatkan alat mekap yang sempurna untuk wajah cantik anda.
Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh beli barang hiasan rumah, biskut raya, mahupun nak buat rambut baru untuk raya nanti. “Rambut Raya” ye tak? Hehe. Semua itu di bawah satu bumbung yang sungguh harmoni dengan lebih 900 buah kedai aktif beroperasi menggamit kehadiran anda. Pelbagai pilihan untuk dipilih setiap hari!
Bila perut dah kenyang dan shopping pun sudah, apa kata berehat seketika secara santai menonton wayang di TGV! Banyak cerita yang best ditayangkan sekarang ni kan?!
Jangan risau jika bawa anak-anak ke Sunway Pyramid, kerana anda boleh biarkan mereka bermain di Parenthood Playland (in-door) dengan selamat dan terkawal. Di sana pelbagai perkara yang akan mereka belajar terutamanya permainan melibatkan logik atau yang merangsang fikiran mereka seperti Pasir Kinetik, Manik, Benang, Stensil, dan pelbagai lagi.
Dengan pembelanjaan minimum sebanyak RM500 (RM400 jika anda pemegang kad kredit HSBC) di dalam 2 resit, anda boleh tebus untuk memiliki bekas Floral Tiffin yang sangat esklusif. Selain itu juga ada photobooth yang akan beroperasi selama sebulan penuh untuk anda abadikan kenangan indah bersama yang tersayang semasa berada di sana.
Cipta memori kenangan terindah pada musim Hari Raya ini dengan keluarga dan kawan-kawan di Sunway Pyramid!
Apa Komen Korang?