Ketahui 5 Tips Ini Untuk Kekal Sihat Sepanjang Bulan Ramadan Ini
Sedar tak sedar dah lebih seminggu kita jalani ibadah berpuasa. Tapi mungkin ada yang tak sihat kerana kurangnya penjagaan rapi kepada tahap kebersihan apa yang dimakan pada setiap kali waktu berbuka. Ini termasuklah apabila membeli di bazaar Ramadhan ataupun ketika berbuka dan bersahur di rumah. Artikel ini kami akan kongsikan 5 tips penting untuk anda ikuti agar terus kekal sihat sepanjang bulan Ramadhan ini.
Seperti biasa di hari-hari terawal puasa, bazar ramadan akan dibanjiri segenap rakyat Malaysia untuk mencari juadah berbuka puasa. Memilih gerai yang betul sebelum membeli adalah sangat penting.
- Perhati gerai yang bersih, jauh dari longkang, atau pembuangan sampah.
- Hanya pilih gerai yang menjual makanan masih panas dan diyakini baik. - Pastikan gerai jual air menggunakan ais yang siap dibungkus dan berlabel kerana ia lebih bersih dan juga selamat.
- Jangan beli makanan yang ditutup dengan surat khabar.
- Perhati gerai yang bersih dan tiada hurungan lalat.
Pelbagai jenis makanan dan minuman akan membuatkan anda rambang mata. Selain hanya membeli sekadar memadai untuk mengelakkan pembaziran, adalah penting untuk anda memilih juadah berbuka yang berkualiti.
- Hanya cari pengendali makanan yang memakai apron dan menutup kepala, tidak meludah, merokok, atau menyentuh makanan dengan tangan.
- Hanya beli juadah yang tidak disentuh dengan tangan secara langsung oleh peniaga ataupun pelanggan lain.
- Pastikan hanya membeli juadah yang ditutup dengan sempurna dan tidak dihurung lalat.
- Jika ingin membeli air, pastikan ais yang mereka gunakan tersimpan rapi di dalam bekas yang bersih.
Berbuka sendiri di rumah juga tidak menjamin keselamatan diri anda. Sebaliknya banyak kes keracunan makanan yang disangkakan datang dari luar rupanya berpunca dari makanan di rumah.
- Seperti membeli juadah di bazar ramadan, amalkan juga lihat, hidu, dan rasa untuk makanan di rumah.
- Simpan lebihan makanan yang dimasak atau yang dibeli untuk bersahur di dalam peti sejuk. Pastikan ianya tidak dicampurkan dengan makanan baru.
- Elakkan menghidang makanan lebih daripada 4 jam selepas di masak. Hidang hanya apabila sudah hampir waktu berbuka.
- Jika makanan yang dibeli ketika berbuka ingin dimakan semula ketika bersahur, pastikan makanan dipanaskan terlebih dahulu sebelum di makan.
- Jangan simpan makanan di dalam peti sejuk lebih daripada tiga hari.
Tip ini disediakan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. | Facebook: @bkkmhq
1. Pemilihan Gerai Di Bazar Ramadan.
Seperti biasa di hari-hari terawal puasa, bazar ramadan akan dibanjiri segenap rakyat Malaysia untuk mencari juadah berbuka puasa. Memilih gerai yang betul sebelum membeli adalah sangat penting.
- Perhati gerai yang bersih, jauh dari longkang, atau pembuangan sampah.
- Hanya pilih gerai yang menjual makanan masih panas dan diyakini baik. - Pastikan gerai jual air menggunakan ais yang siap dibungkus dan berlabel kerana ia lebih bersih dan juga selamat.
- Jangan beli makanan yang ditutup dengan surat khabar.
- Perhati gerai yang bersih dan tiada hurungan lalat.
2. Perhati Sebelum Membeli Juadah
Pelbagai jenis makanan dan minuman akan membuatkan anda rambang mata. Selain hanya membeli sekadar memadai untuk mengelakkan pembaziran, adalah penting untuk anda memilih juadah berbuka yang berkualiti.
- Hanya cari pengendali makanan yang memakai apron dan menutup kepala, tidak meludah, merokok, atau menyentuh makanan dengan tangan.
- Hanya beli juadah yang tidak disentuh dengan tangan secara langsung oleh peniaga ataupun pelanggan lain.
- Pastikan hanya membeli juadah yang ditutup dengan sempurna dan tidak dihurung lalat.
- Jika ingin membeli air, pastikan ais yang mereka gunakan tersimpan rapi di dalam bekas yang bersih.
3. Lihat, Hidu, Rasa
Apabila juadah telah dibeli, Amalkan untuk lihat, hidu, dan rasa sebelum makan untuk mengelakkan keracunan makanan. Perlahan-lahan lihat, hidu, dan rasa makanan. Jika ianya sudah berbau dan rasa juga pelik, buang makanan tersebut di tong sampah berhampiran.4. Keselamatan Makanan Semasa Di Rumah
Berbuka sendiri di rumah juga tidak menjamin keselamatan diri anda. Sebaliknya banyak kes keracunan makanan yang disangkakan datang dari luar rupanya berpunca dari makanan di rumah.
- Seperti membeli juadah di bazar ramadan, amalkan juga lihat, hidu, dan rasa untuk makanan di rumah.
- Simpan lebihan makanan yang dimasak atau yang dibeli untuk bersahur di dalam peti sejuk. Pastikan ianya tidak dicampurkan dengan makanan baru.
- Elakkan menghidang makanan lebih daripada 4 jam selepas di masak. Hidang hanya apabila sudah hampir waktu berbuka.
5. Bersahur
Ianya ibarat sarapan pagi anda pada bulan-bulan biasa selain ramadan. Jadi adalah penting untuk bersahur setiap hari agar ianya dapat membekalkan tenaga kepada badan bagi menjalani aktiviti harian seperti biasa. Apapun adalah penting untuk menitik-beratkan soal keselamatan ketika bersahur.- Jika makanan yang dibeli ketika berbuka ingin dimakan semula ketika bersahur, pastikan makanan dipanaskan terlebih dahulu sebelum di makan.
- Jangan simpan makanan di dalam peti sejuk lebih daripada tiga hari.
Tip ini disediakan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. | Facebook: @bkkmhq
Apa Komen Korang?