Telko Mana Satukah Paling Berbaloi Untuk Miliki Smartphone Seperti Huawei P10 Lite?
Hari ini kita dapat lihat rata-rata telko bersaing sengit untuk menawarkan pelbagai jenis smartphones untuk mengajak orang ramai untuk membuat pembelian melalui mereka. Persaingan sihat antara pihak telko ini sekaligus memberikan kelebihan kepada kita sebagai pengguna yang mempunyai banyak pilihan. Selain daripada telko ada juga pihak lain seperti Lazada, Senheng, dan pelbagai lagi yang turut menawarkan “value for money” kepada pembelian anda.
Berikut Ohmedia senaraikan beberapa telko utama yang menawarkan penjimatan terbaik untuk anda yang bercadang untuk membeli smartphone seperti Huawei P10 Lite (yang Ohmedia akan fokuskan di dalam artikel ini).
Huawei P10 Lite Melalui Digi - Dari RM78/Month
Digi merupakan telko yang membuat tawaran dengan memberikan Huawei P10 Lite secara percuma tanpa memerlukan anda membuat sebarang pembayaran langsung di kaunter untuk memiliki smartphone ini.
Apapun anda perlu memilih antara pakej yang ditawarkan sekurang-kurangnya Digi Postpaid 78 dengan bayaran RM78 sahaja pada setiap bulan untuk tempoh 24 bulan. Dengan mimiliki smartphone seperti Huawei P10 Lite dan postpaid dari Digi ini anda akan mendapat penjimatan lebih RM619 di dalam tempoh 24 bulan. Genius!
Sumber: http://new.digi.com.my/smartphone/Huawei-P10-Lite
Huawei P10 Lite Melalui Celcom - Dari RM40/Month
Celcom pula menawarkan pakej dengan bayaran bulanan yang lebih rendah iaitu bermula dari RM40 sahaja setiap bulan melalui kempen EasyPhone mereka bagi pembelian Huawei P10 Lite. Sama seperti Digi, anda akan turut terikat dengan kontrak selama 24 bulan jika membuat pembelian melalui Celcom dan overall ianya turut akan menguntungkan anda.
Sumber: https://www.celcom.com.my/personal/devices/android/overview/huawei_p10
Huawei P10 Lite Melalui Maxis - Dari RM98/Month
Maxis memerlihatkan tawaran yang agak mahal yang bermula dari RM98 setiap bulan, anda sudah boleh membawa pulang smartphone hebat seperti Huawei P10 Lite. Maxis juga adalah telko yang mengenakan bayaran awal paling tinggi iaitu sebanyak RM699 untuk membawa pulang smartphone tersebut. Apapun anda perlu meneliti sendiri pakej postpaid yang ditawarkan oleh Maxis samaada berbaloi atau tidak dengan apa yang anda bayar.
Sumber: http://www.maxis.com.my/en/personal/devices/all-phones/huawei/huawei-p10-lite.html
Huawei P10 Lite Melalui U Mobile - Dari RM60/Month
U Mobile pula sememangnya terkenal sebagai telko yang sentiasa rajin memberikan lebih dari apa yang anda bayar. Bagaimana dengan pakej untuk memiliki Huawei P10 Lite melalui mereka? U Mobile menyediakan 2 pakej berasingan iaitu UPackage Instalment Plans dan Ultimate Device Plans. Bagi kami, Ultimate Device Plans adalah yang patut anda ambil kerana ianya tidak mempunyai sebarang caj tersembunyi.
Anda boleh memiliki Huawei P10 Lite tanpa sebarang bayaran (upfront payment) dan boleh terus membawa pulang smartphone tersebut ke rumah. Dengan bayaran bulanan serendah RM60 anda tidak terikat dengan kontrak mereka dan tiada sebagai penalti dikenakan jika anda memilih untuk menghentikan perkhidmatan mereka.
Sumber: http://www.u.com.my/android/huawei-p10-lite
Bagi P10 & P10 Plus pula, setiap telko mempunyai percaturan yang berbeza apapun melalui perbandingan bagi Huawei P10 Lite ini secara tak langsung pastinya kita boleh melihat mana satu telko yang memberikan anda lebih nilai dari apa yang anda bayar untuk semua jenis phone yang dibeli melalui kontrak bersama mereka.
Jadi bagi anda mana satu yang patut dipilih?
Apa Komen Korang?