Vivo Perkenalkan Y73s, Menggunakan Cipset MediaTek Dimensity 720 Yang Menyokong 5G
Untuk spesifikasi, ia menggunakan skrin sebesar 6.44 inci AMOLED yang menyokong 1080x2400 pixel. Vivo Y73s ni menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 720 5G bersama memori 8GB RAM dan storage sebesar 128GB.
Untuk kamera utama, ia lengkapi dengan tri-kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultrawide + 2 megapixel kedalaman. Untuk kamera depan pula hadir dengan 16 megapixel. Telefon pintar ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,100mAh bersama 18W fast-charging menggunakan USB Type-C.
Buat masa ni, Vivo Y73s ni hanya diperkenalkan di China dan kalau telefon pintar ini masuk ke Malaysia, korang akan beli tak dengan apa yang mereka tawarkan? Apapun, stay tuned di laman rasmi Vivo untuk tahu perkembangan lanjut mengenai Vivo Y73s ni ya gais.
Kredit: GSM Arena
+ Baca respon pembaca Vivo perkenalkan telefon pintar terbaru di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?