PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya Bermula 14 Oktober Ini
Akhirnya keputusan ini diambil oleh kerajaan apabila Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
PKPB ini akan bermula pada 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020. Bagaimanapun, bagi negeri Sabah pula akan bermula pada 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti pergerakan keluar masuk atau merentas daerah. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup selain semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan. Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan. - Katanya.
Bagaimanapun, SOP yang lebih terperinci akan diterangkan oleh MKN dalam masa terdekat.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?