"This Is Not Funny! Jaga Adab!" - Netizen - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

"This Is Not Funny! Jaga Adab!" - Netizen


Ohmedia tak faham betul dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang suka mencari kesempatan untuk mencuri perhatian orang lain. Baru-baru ini, terdapat satu karya berbaur penghinaan dan sindiran tular di media sosial. 

Karya itu dihasilkan oleh seorang pereka grafik dimana sebelum ini dia pernah mencetuskan kontroversi. Pada kali ini, mangsa karyanya adalah foto yang menyerupai seperti Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


Foto tersebut dihasilkan oleh Fahmi Reza dan kemudiannya dimuatnaik oleh seorang pengguna di laman Twitter. Menerusi entri tersebut, hasil grafik itu telah mencetuskan kemarahan warganet dan ramai yang menganggap figura di dalam foto itu terlalu mirip dengan Zulkifli.


Setiausaha Penerangan MIC A Subash Chandrabose turut mengkritik perbuatan tersebut. Walaupun beliau mempunyai berlainan agama dan bangsa, dia menganggap penghasilan karya oleh pereka grafik itu sebagai biadab.

OHMEDIA: SEMOGA FAHMI REZA MEMOHON MAAF.

Kredit: Twitter

Dikuasakan oleh Blogger.