Tan Sri Muhyiddin Akui PRN Sabah Punca Peningkatan Kes Jangkitan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Tan Sri Muhyiddin Akui PRN Sabah Punca Peningkatan Kes Jangkitan


Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan ucapan yang disiarkan secara langsung di media sosial dan televisyen dari kediamannya dalam Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19. 

Perdana Menteri berkata dia mengakui bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah menjadi punca peningkatan kes bagi wabak pandemik ini di Malaysia. Prosedur operasi standard (SOP) sudah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan wabak tersebut tidak merebak ketika ia diadakan tetapi ada yang tidak mematuhi. 

Pilihan Raya Negeri Sabah yang diadakan beberapa hari lalu memang sukar dielakkan kerana ia telah dijadualkan mengikut peruntukan di dalam Perlembagaan. Muhyiddin juga mengatakan beliau sendiri terpaksa membuat SOP sendiri ketika berada di sana bagi memastikan dirinya tidak dijangkiti dengan wabak pandemik itu. 

Misalnya penjarakan sosial. Ketika saya turun berkempen di banyak tempat, saya lihat SOP mengenai penjarakan sosial agak kurang dipatuhi. Walaupun hampir keseluruhan memakai pelitup muka, tetapi masih ramai yang duduk dekat-dekat dalam keadaan yang agak sesak. 

Saya datang dengan kereta terus ke pentas tanpa melalui khalayak ramai. Ketika mula berucap, saya peringatkan semua yang hadir supaya patuhi SOP yang ditetapkan. Duduk jangan rapat-rapat, pakai pelitup muka dan sentiasa basuh tangan atau gunakan sanitizer. 

Setelah habis berucap, saya terus masuk kereta dan meninggalkan tempat ceramah. Dengan itu, saya tidak bersalam atau menyentuh sesiapa. Selain itu, dia juga mengingatkan kepada pegawai-pegawainya supaya tidak mengatur kempen di kawasan yang mempunyai zon merah walaupun sudah menerima undangan. 

Saya terpaksa tolak dengan baik. Ya, kalau diikutkan saya ingin berkempen di semua tempat, tetapi saya juga memikirkan tentang kesihatan dan keselamatan orang ramai yang hadir ke tempat berkempen, pegawai saya dan diri saya sendiri. Namun, hakikatnya telah ada mereka yang dijangkiti Covid-19 ketika berada di Sabah. Ini sesuatu yang amat mendukacitakan.

Apa pendapat korang dengan apa yang diucapkan oleh Perdana Menteri semalam? Ingat. Ohmedia cuma nak pesan yang kita belum menang. Pastikan korang menjaga penjarakan sosial, mematuhi SOP dan memakai pelitup muka apabila berada di luar.

OHMEDIA: KES SEMAKIN MENINGKAT GAIS.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media. 
Dikuasakan oleh Blogger.