Sihat Tanpa Gejala, Hasil Ujian Saringan Cristiano Ronaldo Positif
Menurut Harian Metro, Cristiano Ronaldo yang kini sedang menjalani kuarantin itu tidak mempunyai sebarang gejala dijangkiti dan dalam keadaan yang sihat sahaja. Disebabkan itu, CR7 dikatakan tidak dapat beraksi bersama pasukan Portugal untuk menentang Sweden pada awal pagi Khamis ini dalam aksi Liga Negara-Negara.
Walaubagaimanapun , ujian saringan keatas pemain Portugal lain menunjukkan negatif setakat ini dan akan beraksi pada perlawanan menentang Sweden itu nanti.
Apapun, korang jangan lupa untuk patuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan supaya kita sama-sama dapat putuskan rantaian jangkitan wabak Covid-19 ini. Virus ini tak pernah kisah pun siapa kita, atau apapun pangkat yang kita pegang. Kalau nak kena, kena juga.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca CR7 positif jangkitan di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?