Agong Nasihatkan Anwar Ibrahim Untuk Hormati Proses Perundangan Mengikut Perlembagaan Persekutuan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Agong Nasihatkan Anwar Ibrahim Untuk Hormati Proses Perundangan Mengikut Perlembagaan Persekutuan

Pada jam 2 petang tadi, Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim telah melakukan sidang media bagi memaklumkan hasil pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah dan mendakwa telah memaklumkan jumlah Ahli Parlimen yang menyokongnya.

Bagaimanapun, pihak Istana Negara turut telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan Anwar tidak mengemukakan sebarang bukti yang mengesahkan sokongan Ahli Parlimen itu.

Dalam pada itu, Sultan Abdullah turut menasihatkan Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menyentuh perkembangan semasa penularan wabak Covid-19 di Malaysia, khususnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berkuatkuasa esok (14 Oktober 2020), Seri Paduka Baginda menzahirkan kegusaran dan menasihati seluruh rakyat supaya bertenang serta berdisiplin menjaga kesihatan diri masing-masing dengan mematuhi ketetapan tatacara kebiasaan beharu dan prosedur operasi standard (SOP). - Kata kenyataan itu.

Seperti yang dijangkakan, ini adalah waktu yang kurang sesuai untuk kita bercerita soal politik dan perebutan kuasa. Ini masanya untuk kita bersama melawan Covid-19.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
 

Dikuasakan oleh Blogger.