Sultan Selangor Berkenan Beli Kasut Emas Khalid Jamlus Pada Nilai Yang Dipersetujui
Sebelum ini ramai yang sedia maklum bahawa bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus ada menyatakan hasratnya untuk menjual dan membida Kasut Emas miliknya bagi menyara keluarganya selepas 3 tahun tidak memiliki pekerjaan.
Bagaimanapun, sebentar tadi Facebook Selangor Royal Office ada kongsikan gambar yang menyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk membeli Kasut Emas milik Khalid itu.
Baginda telah membeli kasut berkenaan pada nilai yang dipersetujui kedua-dua pihak. Baginda juga berkenan untuk meletakkan Kasut Emas berkenaan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang berada di perkarangan Istana Alam Shah.
Untuk pengetahuan korang, Kasut Emas ini diterima Khalid pada tahun 2002 selepas berjaya meledak 17 gol yang sekaligus membantu pasukan Perak menjuarai Liga Perdana 1 pada musim 2002.
Kredit: Selangor Royal Office
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?