Pulang Ke Rumah & Biarkan Kereta Dalam Sungai Selepas Terlelap Ketika Memandu
Korang tahu tak betapa bahayanya bila memandu dalam keadaan yang mengantuk? Bila-bila masa je boleh terlelap (micro sleep) tanpa kita sedar. Pagi tadi, sebuah kereta terbabas dan masuk ke dalam Sungai yang dipercayai akibat terlelap. Kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi tadi di Sungai Linggi.
Menurut Harian Metro, seorang lelaki yang dalam perjalanan ke rumahnya dari pusat bandar memandu sebuah Audi A6 hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam sungai. Sepasukan 3 pegawai dan 18 anggota terus bergegas ke tempat kejadian selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 pagi tadi kata Komander Operasi jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Seremban 2, Mohammad Idris.
Selepas pihak mereka tiba di tempat kejadian, enjin kereta tersebut masih lagi hidup tapi mangsa tidak ada dalam kereta dan dikatakan sudah pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari situ. Menurut Idris, mujurlah mangsa Zaini Abdullah yang berusia 30 tahun itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan itu hilang kawalan dan menjunam kedalam sungai.
Kredit: Harian Metro | Head Topics
+ Baca respon pembaca terlelap ketika memandu di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?