Suharnizan Dedah Akan Saman RM2 Juta Ke Atas Eira Aziera
Semalam Ohmedia ada kongsikan artikel berkenaan Suharnizan Md Sidek yang tetap akan meneruskan samannya ke atas Eira Aziera selepas mengeluarkan kata-kata kesat dan melakukan body shaming ke atas dirinya.
Terbaru, Suharnizan mendedahkan jumlah tuntutan ganti rugi atau saman itu adalah sebanyak RM2 juta dan sekiranya pihak tertuduh tidak menunjukkan sebarang maklum balas, tuntutan sivil yang telahpun dihantar dan tamat pada 28 September ini akan diteruskan.
Sepatutnya sudah sampai (notis tuntutan sivil kepada Eira Aziera). Eira Aziera tidak berjumpa anak guam saya lagi (Suharnizan), kalau beliau berhajat jumpa anak guam saya, perlulah melalui saya. Saman belum difailkan lagi, jadi jumlah sebenar belum ditentukan. Tapi dalam notis tuntutan, memang dituntut ganti rugi RM2 juta dan terdapat tuntutan lain juga. - Katanya.
Tuntutan saman ini juga termasuk dengan saman malu. Semoga apa yang berlaku ini dapat menjadi pengajaran supaya jangan buat sesuatu perkara itu tanpa berfikir.
Masalah ini sebenarnya kecil sahaja dan ia boleh diselesaikan secara bersemuka. Tetapi, apabila kita mengambil keputusan untuk mendedahkannya di media sosial, perkara seperti ini akan berlaku dan masalah juga tidak akan selesai.
Kredit: Sinar Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?