Puteri Sarah Liyana Muncul Di Pejabat Agama Islam, Syamsul Yusof Enggan Mengulas Lanjut Hal Peribadi - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Puteri Sarah Liyana Muncul Di Pejabat Agama Islam, Syamsul Yusof Enggan Mengulas Lanjut Hal Peribadi


Apa dah jadi sebenarnya gais? Ohmedia ada dengar khabar angin yang mengatakan pelakon, Puteri Sarah Liyana muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak kelmarin. Namun, suaminya yang merupakan seorang pengarah dan pelakon iaitu Syamsul Yusof enggan mengulas dengan lebih lanjut.

Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang personal dan harapnya dapatlah menghormati. No komen, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga. -kata Syamsul Yusof

Walaubagaimanapun, Syamsul memohon kepada orang ramai agar mendoakan hubungan rumah tangganya bersama isteri berada dalam keadaan baik. Menurut laporan Harian Metro, Syamsul juga enggan memberi komen mengenai tindakan isterinya yang sudah tidak mengikuti di laman Instagram.

Semalam kecoh betul bila ada media melaporkan bahawa mereka nampak kelibat Puteri Sarah di kawasan pejabat agama dengan memakai tudung berwarna hitam dan berjubah sehingga menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di situ.

Ketika itu, pelakon itu dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga bersama ibu mentuanya. Untuk pengetahuan, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendirikan rumah tanggan pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Summayah dan Syaikhul Islam.

OHMEDIA: KITA DOAKAN YANG TERBAIK BUAT MEREKA!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.





Dikuasakan oleh Blogger.