Siti Sarah Tampil Mohon Maaf Atas Isu Hina Orang Asli - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Siti Sarah Tampil Mohon Maaf Atas Isu Hina Orang Asli


Sebelum ini terdapat sebuah video telah tular di laman sosial apabila penyanyi dan usahawan, Siti Sarah menghina masyarakat Orang Asli sehingga mendapat kecaman hebat daripada warganet.

Walaubagaimanapun, Sarah tampil memohon maaf kepada masyarakat Orang Asli dan seluruh rakyah Malaysia kerana tidak mahu lagi mengeruhkan keadaan. Dia mengharapkan agar permohonaan maaf ini juga diterima kerana ia berlaku secara tidak sengaja.

Sarah juga mengatakan bahawa dia sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang dia lakukan termasuklah setiap posting yang ingin dimuatnaik di media sosial. Jadi, dia memohon agar isu tersebut tidak lagi diperbesarkan.

Saya menyusun 10 jari memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada masyarakat Orang Asli. Saya amat berharap permohonan maaf saya ini diterima kerana ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.

Lebih dua dekad berada dalam industri muzik tanah air, saya sangat mementingkan etika dalam setiap perkara yang saya lakukan termasuklah setiap hantaran yang ingin dimuat naik di media sosial. Saya percaya segala perbuatan saya akan menjadi perhatian masyarakat.

Namun, susulan insiden yang tercetus, ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasi saya sebagai selebriti dan usahawan. Di sini, saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah terlintas untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, malah menghormati seluruh masyarakat di Malaysia.

Untuk pengetahuan, Sarah turut menerima permohonan maaf daripada Pengarah Syarikat House of Ridz Okumura Sdn Bhd, Ridzo Okumura kerana telah memuatnaik video tersebut tanpa keizinannya.

OHMEDIA: MACAM-MACAM HAL!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Dikuasakan oleh Blogger.