Hidayah Nafi Saman Ibu Mentua & Dakwa Ibu Mentua Sekeluarga Saman Hidayah Dulu
Baru sahaja sebentar tadi, balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali telah melakukan sidang media bersama peguamnya bagi menjelaskan tentang dakwaan yang dikeluarkan Ali adik kepada arwah sebelum ini.
Menurut kenyataan itu, peguam terbabit telah menjelaskan anak guamnya tidak mengeluarkan sebarang saman ke atas ibu mertua, Sabariah Arshad seperti didakawa Ali, tetapi Sabariah sekeluargalah yang telah memfailkan saman terhadap Hidayah.
Kes ini bermula apabila kami memfailkan satu saman bagi pihak Hidayah terhadap Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan yang dikatakan mengeluar beberapa kenyataan yang menurut Hidayah berunsur fitnah terhadapnya.
Kes ini difailkan sekitar Mei lalu dan baru-baru ini, Ali memfailkan satu lagi saman terhadap Hidayah. Tindakan saman yang dikeluarkan Ali turut bersama ibu, bapa dan kakak. Ini adalah tindakan yang berasingan yang dimulakan oleh kedua-dua belah pihak.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini ada usaha untuk menggabungkan dua tindakan itu. Kami ingin menjelaskan di sini bahawa kami tidak pada bila-bila masa menyaman ibu kepada Ali. Tindakan saman hanya terhadap Ali tanpa ahli keluarga lain.
InsyaAllah perbicaraan tuntutan akan digabungkan dan didengar di mahkamah tidak lama lagi. - Kata peguam Hidayah.
Nampaknya isu ini semakin rumit sejak ia bermula pada Februari lalu dan terus berlarutan sehingga kini. Bagi kami cukup-cukuplah melakukan saman dan cubalah menyelesaikannya dengan baik sesama keluarga.
Untuk video penuh boleh lihat di Instagram hidayah_abam.
Kredit: Hidayah Abam
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?