Pengganas Serang 2 Masjid Chrischurch Dipenjara Sepanjang Hayat Tanpa Peluang Untuk Dibebaskan - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Pengganas Serang 2 Masjid Chrischurch Dipenjara Sepanjang Hayat Tanpa Peluang Untuk Dibebaskan


Hakim Cameron Mander telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat ke atas pembunuh di Masjid Chrischurch yang menyerang dua buah masjid dan menembak mati 51 orang Islam yang sedang bersedia menunaikan Solat Jumaat tahun lalu.

Perbuatan Brenton Tarrant itu disifatkan hakim sebagai tidak berperikemanusiaan. Sebelum ini juga Brenton telah mengaku bersalah di atas 51 pertuduhan membunuh, 40 cubaan membunuh dan satu pertuduhan keganasan di dua buah masjid pada 15 Mac 2019.

Brenton juga hanya mendiamkan diri ketika mahkamah memberikannya peluang untuk bercakap sebelum dijatuhkan hukuman.

Untuk pengetahuan, Lebih 90 ahli keluarga kepada mangsa yang terkorban dan terselamat memberikan kenyataan impak mangsa (VIS) sebelum hakim menjatuhkan hukuman.

Apa yang berlaku ini sememangnya tidak boleh diterima dan menjadi pristiwa hitam buat umat Islam. Semoga tiada lagi keganasan seperti ini berlaku di mana-manapun kita berada.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes ini di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.