Muntah Tidak Menyebabkan Wuduk Kita Batal - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Muntah Tidak Menyebabkan Wuduk Kita Batal


SOALAN


Ada yang berpendapat bahawa muntah boleh menyebabkan wuduk kita terbatal. Oleh itu, Ohmedia nak kongsi dekat korang penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus berkenaan muntah yang sebenarnya tidak membatalkan wuduk. 

JAWAPAN 


Di antara perkara yang membatalkan wuduk ialah keluar sesuatu dari kemaluan hadapan atau belakang.

Oleh itu jika keluar suatu dari selain kemaluan seperti keluar muntah melalui mulut atau keluar air melalui hidung atau keluar darah melalui telinga adalah tidak membatalkan wuduk.

Telah berkata Imam Nawawi :

ومذهبنا انه لا ينتقض الوضوء بخروج شئ من غير السبيلين كدم الفصد والحجامة والقئ والرعاف سواء قل ذلك أو كثر وبهذا قال ابن عمر وابن عباس وابن أبي اوفى وجابر وابو هريرة وعائشة وابن المسيب وسالم بن عبد الله بن عمر والقاسم ابن محمد وطاوس وعطاء ومكحول وربيعة ومالك وابو ثور وداود قال البغوي وهو قول أكثر الصحابة والتابعين وقالت طائفة يجب الوضوء بكل ذلك وهو مذهب أبي حنيفة والثوري والاوزاعي وأحمد واسحاق


Artinya : “Bermula pendapat mazhab kami sungguhnya tidak membatalkan wuduk dengan keluar suatu dari selain kemaluan hadapan dan belakang seperti darah orang berbekam dan muntah dan berdarah hidung samada sedikit yang demikian itu atau banyak. Dengan inilah berkata Ibnu Umar dan Ibnu Abbas dan Ibnu Abi ‘Aufa dan Jabir dan Abu Hurairah dan Aisyah r.a. dan Ibnu Musayyab dan Salim bin Abdullah bin Umar dan Al-Qasim bin Muhammad dan Thawus dan Atha’ dan Makhul dan Rabi’ah dan Malik dan Abu Tsur dan Daud.
Dan telah berkata Al-Baghawi ialah pendapat kebanyakkan para sahabat dan tabi’in. Dan berkata satu kumpulan wajib berwuduk dengan sekelian yang tersebut itu dan ialah mazhab Abu Hanifah dan As-Tsauri dan Al-Auza’I dan Ahmad dan Ishaq.” (Kitab Al-Majmu’ Sharah Al-Muhazzab)


KESIMPULAN


Muntah tidak membatalkan wuduk samada banyak atau sedikit dan samada sengaja atau tidak.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca muntah tidak menyebabkan wuduk kita batal di Facebook Oh! Media
Dikuasakan oleh Blogger.