Lathi Challenge Ada Unsur Syirik & Bertentangan Dengan Ajaran Agama Islam? Ini Jawapan Tuan Punya Lagu! - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Lathi Challenge Ada Unsur Syirik & Bertentangan Dengan Ajaran Agama Islam? Ini Jawapan Tuan Punya Lagu!


Sepertimana yang kita tahu, lagu Lathi yang dinyanyikan oleh Sara Fajira dan Weird Genius kini menjadi trend apabila orang ramai melakukan satu cabaran yang dipanggil Lathi Challenge di media sosial.

Lathi Challenge merupakan individu itu melakukan alat solek yang menyeramkan seperti hantu sehingga membuatkan pendakwah Malaysia, Da'i Wan Dazrin meminta orang ramai untuk berhenti melakukan perbuatan tersebut.

Menurut Wan Dazrin, cabaran itu adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam dan mengandungi unsur-unsur syirik. Walaubagaimanapun, dia memohon maaf secara terbuka menerusi akaunnya di laman Twitter sehari selepas membuat kenyataan.

Memetik laporan KOMPAS.com, anggota kumpulan yang berasal dari Indonesia itu tidak berdiam diri lalu tampil memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai isu tersebut.

Ada juga yang bertanya kepada saya, bagaimanakah rasa makan duit hasil daripada menghasilkan lagu sebegitu, saya hanya mampu tertawa. -kata Reza Arap

Pada pendapat saya, setiap orang ada kesibukan masing-masing, kami sibuk hasilkan lagu, ada juga orang lain yang sibuk memerhati, sibuk komen dan menganalisis, tidak mengapa. -kata Eka Gustiwana

Mungkin setiap orang lain pendapat. Ohmedia dah tengok maksud lirik bahasa Jawa dalam lagu Lathi tu. Tu bukan mantera ya gais! Lathi tu adalah sebuah lagu yang patah hati. Jadi, don't judge a book by its cover.

OHMEDIA: SETIAP ORANG LAIN PENDAPAT.

Kredit: Kompas.com

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.



Dikuasakan oleh Blogger.