Golongan M40 Yang Ada Data Cukai, Penerima BSH Tidak Perlu Memohon BPN
Golongan M40 yang mempunyai data cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan golongan B40 yang pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) tidak perlu membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Ianya disebabkan golongan M40 akan dinilai berdasarkan jumlah pendapatan serta kriteria lain yang telah ditetapkan kerajaan, manakala penerima BSH secara automatik layak menerima BPN.
Korang boleh semak status penerimaan BPN secara atas talian sejak 1 April 2020 lalu dengan melayari postal rasmi LHDNM di https://www.hasil.gov.my ataupun terus ke kategori BPN iaitu di https://bpn.hasil.gov.my dan masukkan nombor kad pengenalan masing-masing. Sekiranya didapati terpapar tiada rekod setelah anda memasukkan nombor kad pengenalan, anda di kehendaki membuat permohonan baharu dengan klik butang 'Permohonan Baru' yang telah disediakan sehingga 30 April 2020 nanti.
Sekarang ini, mungkin agak perlahan dan susah untuk korang memasuki portal ini disebabkan kesesakan trafik. Bayaran BPN ini akan dilakukan secara berperingkat pada bulan April dan Mei. Kepada sesiapa yang belum membuat permohonan itu, cepat-cepatlah buat sebelum 30 April nanti ya.
Sumber : Berita Harian
+ Baca respon pembaca individu yang tidak perlu membuat permohonan BPN di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?