Datuk Seri Aliff Syukri Dedah Masih Bahagia Dengan Datin Shahida - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Datuk Seri Aliff Syukri Dedah Masih Bahagia Dengan Datin Shahida


Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri berasa terkejut apabila sesetengah pihak menyebarkan cerita tidak tepat mengenai hal rumahtangga bersama isterinya, Datin Shahida. Kalau korang nak tahu, beliau juga menjelaskan bahawa hubungan mereka masih bahagia.

Kalau tanya saya, ya...bagi saya masih bahagia. Saya pun tak tahu akan ada isu sedemikian sebab selama ini bagi saya okay sahaja. Tapi tak mengapalah. Saya pun tak mahu nak tuduh atau burukkan mana-mana pihak sebab paling penting ialah anak-anak yang sedang membesar. Jujurnya saya terkejut apabila secara tiba-tiba banyak teks yang masuk, bertanya itu dan ini mengenai hal rumah tangga saya. Ada yang menuduh dan tak kurang yang membuat spekulasi sendiri seterusnya menghentam saya. Surat itu (tuntutan cerai) bukan dari saya pun.

Menurut laporan Media Hiburan, Aliff juga mengharapkan netizen supaya tidak lagi membuat spekulasi sendiri dan memahami situasinya. Ohmedia cuma nak pesan dekat korang, biarlah antara mereka jer yang selesaikan masalah ini. Kita tak perlu sibuk jaga tepi kain orang.

Netizen salah faham ni. Kalau tengok betul-betul, bukan saya yang tuntut atau failkan. Saya sendiri pun terkejut bila ia tiba-tiba jadi viral. Saya harap tidak ada lagi yang bertanya mengenai siapa yang failkan atau sebaliknya. 

Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiya serta seorang anak angkat bernama Aminah Alip Shah.

OHMEDIA: SEMOGA URUSAN MEREKA CEPAT DISELESAIKAN.

Sumber: Media Hiburan

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.