Enam Angkat Sumpah Sebagai Senator Sebelum Angkat Sumpah Jawatan Kabinet - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Enam Angkat Sumpah Sebagai Senator Sebelum Angkat Sumpah Jawatan Kabinet


Hari ini, berlangsung upacara angkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaram di Bangunan Parlimen dekat Dewan Negara selepas pengumuman pelantikan seramai enam senator baru menyertai kabinet semalam.

BACA : Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Dilantik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Gantikan Mujahid

Mereka tyang mengangkat sumpah ialah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang akan memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana menteri (Hal Ehwal Agama) dan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, bekas Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd yang akan menerajui Kementerian Kewangan.

Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional sebagai Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa ARMADA sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon sebagai Timbalan Menteri Pendidikan I dan Datuk Lim Ban Hong, Naib Presiden MCA sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Sumber : Bernama

+ Baca respon pembaca enam angkat sumpah sebagai senator di facebook Oh! Media.
Dikuasakan oleh Blogger.