6 Perbezaan Raya Dulu dan Raya Sekarang. No. 3 Tu Memang Dah Pupus - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

6 Perbezaan Raya Dulu dan Raya Sekarang. No. 3 Tu Memang Dah Pupus

Kredit Gambar Google
Tahun silih berganti, terlalu banyak perbezaan yang dapat dirasai apabila menjelang hari raya. Bagi yang lahir pada tahun 80an - 90an, pasti banyak kenangan manis yang tidak dapat dilupakan semasa hari raya.

Namun, segalanya hanya tinggal kenangan. Keindahan dan keseronokan beraya itu telah dilenyapkan dengan kewujudan pelbagai teknologi yang canggih masa kini.

Berikut merupakan 6 perbezaan hari raya dahulu dan sekarang yang sangat dirasai.

1. Bila Kanak-Kanak Datang Beraya

Kalau dulu, budak-budak datang beraya ramai-ramai makan kuih raya pastu masing-masing tunggu duit raya. Tapi sekarang apa mereka akan tanya; "rumah ni ada wifi tak?"



2. Dulu Jahit Baju Raya, Kini Semua Beli Yang Dah Siap

Kalau dulu, biasanya mak akan bertungkus lumus jahit baju anak-anak tapi kini pilih jer kat kedai semua.

3. Tradisi Kad Raya Sudah Pupus 

Jika dulu keistimewaan hari raya itu apabila menerima kad ucapan hari raya, tapi kini boleh dikatakan sudah pupus sepenuhnya apabila teknologi menguasai kehidupan.

Tiada lagi kad ucapan raya kerana semuanya telah digantikan dengan SMS / Whatsapp dan pelbagai lagi aplikasi di dalam telefon pintar.




4. Kemeriahan Bermain Bunga Api Dulu Hampir Lenyap 

Jika dulu kanak-kanak meriah bermain bunga api di perkarangan rumah tapi kini mereka lebih senang menghabiskan masa dengan gadget dan menonton pelbagai rancangan di Televisyen.

5. Puasa Penuh Dapat Gadget

Jika dulu, ibubapa sering memberi hadiah wang ringgit sebagai semangat kepada anak-anak supaya berpuasa penuh namun kini, nilai itu telah digantikan dengan gadget.

6. Duit Raya Dulu dan Sekarang Jauh Bezanya

Dulu budak-budak dapat RM0.50 pun dah seronok, tapi kini nilai tu bukan apa-apa pun bagi mereka.


Kredit: Imuslimshop.com

Dikuasakan oleh Blogger.