Selepas KFC Dan McD, Kini Lori Milo Depan Pintu Istana Negara!
Sumber gambar dari Twitter @abdullah_karim |
Memahami situasi berkenaan, Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan membelanja petugas-petugas makan sepanjang dua hari ini, antaranya Mcd dan KFC. Namun hari ini Ohmedia dapat info yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @abdullah_karim pagi ini didepan pintu masuk Istana Negara, sebuah lori Milo menyediakan minuman percuma untuk petugas-petugas media disana.
Tidak dapat dipastikan bahawa lori Milo berkenaan merupakan inisiatif Baginda YDPA atau inisiatif dari syarikat air itu sendiri. Tweet berkenaan telah mendapat reaksi dari netizen.
OHMEDIA: BAGUS BETUL INISIATIF YANG DILAKUKAN. SEDIKIT SEBANYAK IA DAPAT KURANGKAN DAHAGA PETUGAS-PETUGAS MEDIA DISANA.
Sumber: Twitter @abdullah_karim
+ Baca respon pembaca tentang lori milo depan pintu istana negara di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?