"Anda Tak Sayang Anak Jika Tidak Mahu Netflix Ditapis!" - CEO Aflix
Sumber: FreeMalaysiaToday |
Selepas dikecam teruk, Ahmad Idham mengeluarkan kenyataan lain tentang apa yang cuba dilakukannya itu dan macam biasa, netizen sentiasa akan memainkan perananan mereka untuk mengorek dan terus mengorek mengapa Ahmad Idham boleh mengeluarkan kenyataan macam tu. Nak dijadikan cerita, tersebarlah gambar-gambar orang kuat Aflix berkunjung ke FINAS entah buat apa sebenarnya, hanya mereka yang tahu.
Aflix menafikan penglibatan FINAS secara langsung di dalam kewujudan mereka dan menyatakan mereka ke FINAS hanyalah sebagai kunjungan hormat.
Seperti biasa, netizen yang awesome sikit pun tak peduli apalagi nak percaya dan menekankan mereka mahu Ahmad Idham disiasat jika ada mempunyai sebarang hubungan dengan Aflix ini.
Masalah baru nak reda, timbul lagi satu masalah lain apabila CEO Aflix menempelak mereka yang tidak menyokong Netflix untuk ditapis sebagai tidak sayangkan anak-anak!
Kredit: The Malaysian Insight |
Seperti biasa, netizen memainkan perananan mereka untuk menghentam dengan lebih padu lagi si Aflix ni. Bukan sahaja netizen malah ahli politik juga bersuara untuk mengecam kembali kenyataan yang dibuat CEO Aflix yang entah siapa pun tak tahulah tiba-tiba wujud dalam industri ni.
I think this is a very dubious argument to make. Who are you to decide on something like this?— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) November 20, 2019
-
Those against Netflix censorship don’t love kids, says Aflix TV CEO | The Malaysian Insight https://t.co/oT1rQ08qpH
Ye la kan, engkau siapa nak tentukan orang sayangkan anak-anak ke tidak hanya kerana tidak bersetuju Netflix ditapis? Habis tu nak kena subscribe Aflix ke baru sayangkan anak-anak? Hahaha!
Netflix pun telah sekian lama mempunyai fungsi sekatan untuk anak-anak tinggal nak kena pandai gunakan sahaja. Jadi tak patut wujudkan isu yang menjejaskan imej perkhidmatan streaming lain untuk menaikkan branding sendiri.
Pada pengamatan Ohmedia, semua ni berlaku mungkin kerana dua sebab sahaja (disengajakan atau tidak);
1. Cara paling mudah untuk Aflix mahu diri mereka dikenali. Mungkin bermula dengan penerimaan buruk tapi lama-lama boleh berubah menjadi baik (hurm jangan harap lah). Apa yang penting sekarang ni nama Aflix ni orang dah kenal.
2. Ahmad Idham nak beritahu dunia yang beliau rajin buat kerja sejak dilantik sebagai orang kuat FINAS. Hahaha!
Apapun memang belum terlambat untuk Aflix wujud di Malaysia ni. Tapi kita dah pun ada iFlix yang menyajikan banyak konten lokal tanpa perlu wujudnya satu lagi produk seperti Aflix dengan tagline murahan untuk mendapat perhatian "Ethical Entertainment Streaming Platform" kononnya!! Kalau nak wujud juga pun tak apa itu hak masing-masing, tapi wujudlah diam-diam dan pandai-pandailah promosi sendiri bukan dengan mengacau hak orang lain!
Dari pengamatan Ohmedia, tiada satu pun respon umum yang menyokong kewujudan Aflix ini mahupun menyokong kenyataan yang dibuat Ahmad Idham.
Blerghh.. Meluat pulak aku kena tulis artikel pasal ni. Sakit hati dengan cara orang berbisnes sambil memburukkan produk lain ni!!
Apapun semuanya terpulanglah kat korang (netizen) untuk menilai sendiri.
OHMEDIA: AKHIR KALAM TAKNAK CAKAP BANYAK. CUMA NAK BERITAHU "SILA MENINGGAL" 😒
+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa Komen Korang?