Jerebu di Asia Tenggara Terburuk Dalam Sejarah - NASA
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Nasional (NASA) memberi amaran bahawa fenomena jerebu yang sedang melanda Indonesia, Malaysia dan Singapura kali ini berpotensi menjadi yang terburuk dalam sejarah.
AFP melaporkan, ini susulan perubahan cuaca akibat kesan El Nino hingga menyebabkan rekod jerebu kali ini bakal menyamai atau lebih parah daripada krisis yang pernah melanda pada tahun 1997 lalu.
“Keadaan di Singapura dan Sumatera Tenggara menuju krisis jerebu terburuk dibandingkan pada 1997,” kata saintis University of Columbia di Amerika Syarikat, Robert Field.
Jelas Field, yang bertugas di Institut Goddard untuk Kajian Angkasa milik NASA, musim kemarau tahun ini lebih panas dan panjang jika dibandingkan situasi biasa ekoran fenomena El Nino.
Selain itu, bencana jerebu ini juga dijangka akan berlarutan sepanjang beberapa tahun akan datang.
Sementara itu, NASA turut memuat naik gambar setelit yang memaparkan keadaan pembakaran hutan di Indonesia menerusi laman web rasmi agensi berkenaan.
Indonesia menghadapi tekanan daripada negara-negara jirannya setiap tahun sejak 20 tahun lalu dalam menangani pembakaran hutan di negara itu yang menjadi punca jerebu tebal berlaku.
Sumber - The Post Rakyat
Apa Komen Korang?