Hafizh Shahrin Tarik Perhatian Tunda Jentera Juara MotoGP Japan Dengan Gaya Tundaan Malaysia
Kehangatan MotoGP Malaysia kian terasa, tetapi sesuatu yang jarang berlaku terjadi di MotoGP Japan hari ini apabila pelumba negara, Hafizh Shahrin telah menunda jentera juara MotoGP, Marc Marquez.
Dalam video yang dikongsikan oleh MotoGP Official ni dapat dilihat, HS55 telah menunda jentera Marc dengan menggunakan kaki kanannya kerana dikatakan tidak lagi hidup selepas selesai sahaja perlumbaan. Kesan dari tindakan itu, ia telah menarik perhatian kebanyakan peminat sukan pemotoran dunia.
Dalam perlumbaan MotoGP Japan, Hafizh Syahrin telah menamatkan perlumbaan pada tempat ke-19 dan Marc Marquez telah berjaya menaiki podium pertama apabila mencatatkan masa 0:42:41:492. Nasib baik motor hang tak mati masa berlumba Marc, haha.
The first thing that has gone wrong all day! 😂@marcmarquez93' Honda has stopped running, and the world champion receives a helping hand back to parc ferme from @hafizh_pescao55! 🤝#JapaneseGP 🇯🇵 pic.twitter.com/4hsRMyu95Y— MotoGP™ 🇯🇵 (@MotoGP) October 20, 2019
Apa Komen Korang?