Setiap Ahli Syurga Akan Mempunyai Pasangan
SOALAN
Kali ini Ohmedia nak kongsi dekat korang tentang manusia yang tidak akan hidup bujang ketika berada di dalam Syurga. Jom kita dengar penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus.
JAWAPAN
Didalam syurga disediakan segala perkara yang disuka oleh hati manusia dan dicita-citakan di dalam hidup dunia seperti tempat tinggal yang mewah dan kenderaan yang bagus dan makanan yang lazat dan termasuk juga pasangan untuk bergembira.
Maka dari kerana itulah setiap ahli syurga akan mempunyai pasangan yaitu bersuami isteri.
Ada pun di dunia tidak semua orang yang ingin mempunyai pasangan mendapat ia akan pasangannya bahkan mati ia dalam keadaan bujang.
Firman Allah Taala :
ŁَŁِŁŁَŲ§ Ł َŲ§ ŲŖَŲ“ْŲŖَŁِŁŁِ Ų§ŁْŲ£َŁŁُŲ³ُ ŁَŲŖَŁَŲ°ُّ Ų§ŁْŲ£َŲ¹ْŁُŁُ ŁَŲ£َŁŲŖُŁ ْ ŁِŁŁَŲ§ Ų®َŲ§ŁِŲÆُŁŁَ
Artinya : “Dan di dalam syurga itu segala yang diinginkan oleh nafsu dan perkara yang cantik dipandang segala mata dan kamu sekelian di dalam syurga itu nanti berkekalan.”(Az-Zukhruf : 71)
Di antara perkara yang sangat diinginkan oleh nafsu itu ialah mempunyai pasangan maka siapa yang mati dalam keadaan bujang akan mempunyai suami atau isteri di dalam syurga.
Ulamak telah sepakat atas sungguhnya di dalam syurga nanti tidak akan ada orang yang bujang tidak mempunyai pasangan sekalipun mungkin di dalam dunia ada orang yang tidak mahu berkahwin namun di dalam syurga tidak akan ada lagi perasaan tidak ingin berkahwin tersebut.
Maka jika di dunia lelaki itu mati dalam keadaan bujang nanti dia akan beristeri di dalam syurga dan jika perempuan mati dalam keadaan bujang nanti dia akan bersuami di dalam syurga.
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
Ų„ِŁَّ Ų£َŁَّŁَ Ų²ُŁ ْŲ±َŲ©ٍ ŲŖَŲÆْŲ®ُŁُ Ų§ŁْŲ¬َŁَّŲ©َ Ų¹َŁَŁ ŲµُŁŲ±َŲ©ِ Ų§ŁْŁَŁ َŲ±ِ ŁَŁْŁَŲ©َ Ų§ŁْŲØَŲÆْŲ±ِ ŁَŲ§ŁَّŲŖِŁ ŲŖَŁِŁŁَŲ§ Ų¹َŁَŁ Ų£َŲ¶ْŁَŲ„ِ ŁَŁْŁَŲØٍ ŲÆُŲ±ِّŁٍّ ŁِŁ Ų§ŁŲ³َّŁ َŲ§Ų”ِ ŁِŁُŁِّ Ų§Ł ْŲ±ِŲ¦ٍ Ł ِŁْŁُŁ ْ Ų²َŁْŲ¬َŲŖَŲ§Łِ Ų§Ų«ْŁَŲŖَŲ§Łِ ŁُŲ±َŁ Ł ُŲ®ُّ Ų³ُŁŁِŁِŁ َŲ§ Ł ِŁْ ŁَŲ±َŲ§Ų”ِ Ų§ŁŁَّŲْŁ ِ ŁَŁ َŲ§ ŁِŁ Ų§ŁْŲ¬َŁَّŲ©ِ Ų£َŲ¹ْŲ²َŲØُ
Artinya : “Sungguhnya orang yang awal masuk ia ke dalam syurga ialah atas rupa bulan purnama dan yang mengiringinya pula atas rupa seperti bintang yang sangat terang sinarnya di langit. Bagi setiap ahli syurga dari mereka itu dua isteri yang mana dapat dilihat dari belakang daging akan sumsum dua betisnya dan tiadalah di dalam syurga itu orang yang bujang.”
Hadith di atas telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan ada juga dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnad dan Ibnu Hibban di dalam Sahih Ibnu Hibban dan At-Tabarani di dalam Mu’jam Al-Awsath.
Wallahua’lam
Kredit: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca respon pembaca setiap ahli syurga akan mempunyai pasangan di Facebook Oh! Media
Apa Komen Korang?