Wasiat Harta Kepada Fakir Miskin - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Wasiat Harta Kepada Fakir Miskin


SOALAN:
Jika si mati berwasiat supaya disedekahkan akan hartanya selepas kematiannya kepada orang-orang miskin adakah warisnya yang miskin boleh menerimanya juga dari wasiat tersebut?

JAWAPAN:
Wajib ditunaikan wasiat tersebut jika si mati memang ada meninggalkan harta dan tetapi warisnya tidak boleh menerima bahagian sedekah tersebut melainkan semua para warisnya yang lain bersetuju.

Berkata Syeikh Ramli:

لو أوصى للفقراء بشيء امتنع على الوصي إعطاء شيء منه لورثة الميت ولو فقراء، كما نص عليه في الأم
“Jikalau diwasiatkan kepada fakir miskin dengan suatu harta maka tertegah bagi yang melaksanakan wasiat memberikan suatu daripadanya kepada para waris bagi mayat sekalipun dia seorang yang fakir atau miskin sebagaimana dinaskan atasnya dalam kitab Al-Uum.” (Nihayatul Muhtaj)

Tersebut pada fatwa negeri Oman:

فلا يجوز أن يُعطى منها الوارثون ولو كانوا فقراء إلا إذا أجازها الورثة، فإن أجازها بعض الورثة وامتنع آخرون فإن الوصية تنفذ في نصيب المجيز دون سواه. والله تعالى أعلم
“Maka tidak harus bahawa diberikan daripada harta wasiat itu para waris sekalipun mereka semua adalah fakir melainkan diizinkan akan dia oleh segala waris yang tinggal. Maka jika hanya sebahagian waris sahaja yang mengizinkan sementara sebahagian yang lain tidak mengizinkan maka wasiat tersebut hanya lulus pada bahagian yang mengizinkan sahaja tidak bahagian yang tidak mengizinkannya.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan

Dikuasakan oleh Blogger.