Tindakan Guru Ini Dikecam Ibu Bapa, Namun Disokong Netizen - OHGEEKZ

OM Leaderboard Ad

Tindakan Guru Ini Dikecam Ibu Bapa, Namun Disokong Netizen


Pagi-pagi ni Ohmedia terhibur pula bila terbaca satu berita ni di mana seorang guru di Mexico telah memaksa anak muridnya memakai kotak di kepala semasa sedang mengambil peperiksaan. Pakai kotak? Alasan yang diberikan hanyalah kerana ingin mengelakkan pelajarnya meniru rakan di sebelah.

Macam tu pun boleh erk. Walaupun, ianya dilakukan bagi tujuan yang baik, tindakan guru terbabit tetap dikritik dan dituduh telah memalukan dan melanggar hak asasi pelajarnya, lagi-lagi bila gambar kumpulan pelajar memakai kotak itu tersebar di media sosial.

Guru terbabit bernama Luis Juarez Texis dan mengajar di Kolej Bachelord di Tlaxcala dan pihak pendidikan juga telah diminta untuk memecat guru terbabit.

Jika ibu bapa di sana melihat ia sebagai satu yang memalukan, lain pula ceritanya pengguna media sosial yang lain. Kebanyakan mereka telah menyokong dan mengucapkan tahniah atas tindakan guru terbabit kerana ia dilihat sebagai satu jalan untuk mengelakkan pelajar menipu.


Sebenarnya, ini bukanlah kejadian yang pertama kerana sebelum ini tersebar juga penggunaan 'HELMET' kertas yang dipakai pelajar Thailand pada tahun 2013. Jadi apa pula pengalaman korang waktu menghadapi peperiksaan dulu?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh! Media Geekz

Dikuasakan oleh Blogger.