Detik cemas telah berlaku sewaktu penerbangan Kuala Lumpur-Sabah semalam apabila seroang penumpang dari penerbangan berkenaan yang sarat mengandung telah menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin.
Sumber dari Sinar Harian
Dipetik dari Utusan Borneo hari ini, susulan itu, pesawat AK5194 yang membawa 130 penumpang dan enam anak kapal itu mendarat di Lapangan Terbang Miri pada jam 5.28 petang.
Sumber dari Sinar Harian
Penumpang yang sarat mengandung berkenaan sedang dalam perjalan pulang ke Sandakan, Sabah dari Kuala Lumpur. Dia telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Miri pada jam 5.58 petang.
Dipetik dari Sinar Harian, penerbangan ke Sandakan kemudian diteruskan pada jam 6.27 petang tanpa penumpang tersebut.
Apa Komen Korang?