Berang Tak Dapat Gaji, Seorang Pengawal Keselamatan Bertindak Kejam!
Semalam berlaku sebuah insiden akibat tidak berpuas hati kerana tidak menerima gaji yang sepatutnya dia terima. Susulan dari itu, suspek telah bertindak memukul penyelianya sehingga mati didepan tandas pengawal keselamatan.
Menurut polis, suspek dipukul berkali-kali menggunakan topi keledar oleh seorang lelaki berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.
Gara-gara tidak bayar gaji pekerja, seorang penyelia syarikat keselamatan maut selepas dipukul menggunakan helmet oleh pengawal keselamatan @501Awani *Amaran video mengandungi aksi ganas pic.twitter.com/LvV5U1lNTW— Hakim Rahman (@HakimAWANI) September 2, 2019
Mangsa ditemui oleh pihak polis dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian, dengan kesan muntah serta kesan darah pada mangsa. Dipercayai mangsa berumur 54 tahun.
“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” pihak polis.
Sumber: Metro Online
+Baca respon pembaca Oh! Media.
Apa Komen Korang?